D.A MEMBERSHIP

Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut

i. Kewarganegaraan : Malaysia

ii. Umur Minima : 18 tahun

iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak

iv. Keturunan/Bangsa : Semua

v. Jantina : Semua

vi. Agama : Semua

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Bekerja Di Dalam Bidang Yang Berkaitan Lukisan Teknikal

Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.